Muat turun untuk
OS Windows
  Muat turun untuk
OS Mac
  Lagi Demo

Gambaran Umum

Dengan CU3OX anda boleh hasilkan satu slaid imej yang menarik dengan kesan potongan 3D yang hebat dan transisi antara slaid. Anda juga akan dapat pecahkan imej-imej anda kepada berapa jua potongan dan putarkannya ikut cara mana yang anda suka! CU3OX menggunakan enjin Tweener, yang memjadikannya menyokong beberapa jenis 'tween' bagi tujuan transisi, seperti Kuboid, Melantun atau Menganjal. Guna CU3OX untuk cipta slider kandungan web, galeri imej, pemutar imej & banner untuk laman web anda.

Anda tidak perlu mempunyai apa-apa skil profesional dalam Flash, HTML, CSS dan Javascript. Antaramuka visual CU3OX bagi OS Windows akan menghasilkan kesemua fail dan kod HTML yang diperlukan. Hanya buka fail imej anda dalam CU3OX, letakkan deskripsi dan tetapkan perincian transisi bagi tiap imej. Terbitkan Galeri Flash 3D ke dalam komputer anda sendiri atau terus ke Internet melalui FTP terbina-dalam dan tambahkan kod HTML atas laman web atau blog anda.

Hasilnya, anda akan dapat hasilkan fail .swf (flash) yang mana fail konfigurasi XML digunakan untuk mendefinisi lokasi fail imej dan ketetapan yang diperlukan untuk mengawalnya. Anda juga boleh menentukan rupa bentuk dari segi bentuk jenis tulisan, gaya tulisan, warna, dan lain-lain di dalam sebuah fail CSS, menjadikan pengubahsuaiannya benar-benar mudah.

Ciri Utama

  • Ubah suai bilangan potongan ikut citarasa anda, jenis tween, jarak-z, jarak, masa dan lagi. Mendatar atau menegak.
  • Berikan deskripsi bagi tiap imej. Gunakan tulisan, saiz, dan warna yang anda suka! Tambah pautan kepada teks!
  • Imej-imej dimuatkan secara langsung - tiada waktu menunggu diantaranya.
  • Tiada had atas bilangan imej yang dibenarkan.
  • Transisi 3D yang sebenar. Arah kiri, kanan, atas, bawah.
 

Antaramuka Visual

  • Antaramuka visual versi Windows dan Mac.
  • Guna imej secara terus dari Flickr atau PhotoBucket dalam slaid imej anda.
  • Klien FTP terbina-dalam.
  • Jenis 'tween' bagi tujuan transisi, seperti Kuboid, Melantun atau Menganjal...
  • Menyokong pelbagai pelayar web.
  • Buat perubahan pada fail XML secara terus (tambah imej, tukar animasi, deskripsi...)

Bantuan Ringkas

Bahagian 1 - Menambah folder berimej atau imej ke dalam slaid imej anda

Dari menu Imej pilih Tambah imej.... Cari lokasi folder yang anda mahu tambahkan dan pilih fail-fail imej tersebut. Anda juga boleh guna opsyen Tambah imej dari folder..., Tambah imej dari Flickr... dan Tambah imej dari Photobucket....

Add Images To Gallery : Free SlideShow Maker

CU3OX Maker akan memasukkan gambar-gambar tersebut. Atau anda boleh seret imej (folder) ke dalam tetingkap CU3OX 3D Flash Slideshow. Imej tersebut akan disalin ke folder gambar anda dan ditambah ke galeri laman web anda secara automatik.

Jika anda telah memasukkan imej-imej yang anda tidak mahu berada di dalam tayangan slaid tersebut, anda boleh menghapuskannya dengan mudah. Pilih semua imej yang anda ingin keluarkan dari tayangan slaid, dan pilih Hapus imej... dari menu Imej. Anda boleh memilih gambar-gambar dengan tekan dan tidak melepaskan kekunci CTRL sementara anda klik atas gambar yang anda suka.

Add Images To Gallery : Free SlideShow Maker

Bahagian 2 - Menambah deskripsi

Apabila anda pilih sesuatu imej, anda boleh menambah tajuk utama dan perenggan untuk deskripsi:

Image info : Free SlideShow Maker
  • Tajuk utama - Apabila anda tambah imej, namanya akan dipaparkan di bahagian tajuk utama secara automatik.
  • Perenggan - Anda boleh letakkan apa-apa komen atau teks mengenai imej di dalam slaid imej.

Bahagian 3 - Kebolehan Menyunting

Di dalam aplikasi ini, anda dengan mudah boleh memutarkan gambar-gambar anda menggunakan butang "Putar Kiri" dan "Putar Kanan".

Rotate picture : Free SlideShow Maker

Dwi-klik gambar tersebut untuk membukanya dalam aplikasi pengedit grafik anda. Anda boleh ubahsuai warna gambar, betulkan masalah mata-merah dan buang sebahagian sisi luar imej tersebut.

Bahagian 4 - Perincian Galeri

Dari menu Galeri, pilih Perincian atau guna butang "Perincian" di atas toolbar Properties button : Free SlideShow Maker.

Di tab yang pertama tetingkap Princian Galeri anda boleh ubah nama tayangan slaid anda dan adakan/tiadakan perincian berikut: Bayang, Watermark.

First tab : Free SlideShow Maker

Di tab kedua tetingkap Princian Galeri anda boleh pilih saiz slaid imej anda. Tentukan Bilangan segmen, Arah putaran dan Masa lengah antara putaran.

Properties window : Free SlideShow Maker

Arah putaran berikut adalah dibenarkan:

Kesan atas                             Kesan bawah                              Kesan kiri                              Kesan kanan         

Up effect Down effect Left effect Right effect

Klik butang opsyen Lanjutan untuk menyatakan kesan transisi.

Advanced window : Free SlideShow Maker

Anda boleh nyatakan Kualiti imej, Transisi masa, Lengah transisi segmen, Jarak-Z, Jarak segmen, Jenis transisi.

Di tab ketiga tetingkap Princian Galeri anda boleh nyatakan rupabentuk kotak deskripsi, pilih kesan transisi untuk menunjukkan deskripsi (AtasBawah atau Pudar), warna latarbelakang dan perincian tulisan untuk Tajuk utama, Perenggan dan pautan.

Description window : JavaScript SlideShow

Bahagian 5 - Menerbitkan Galeri Flash 3D CU3OX

Apabila anda telah bersedia untuk menerbitkan tayangan slaid anda secara online atau ke dalam komputer anda sendiri bagi tujuan ujian, anda perlu pergi ke "Galeri/Terbit". Pilih cara penerbitan: terbitkan ke folder atau terbitkan nya ke server FTP.

Publish to FTP : JavaScript SlideShow
  • Terbitkan ke folder. Bagi memilih lokasi dari dalam cakera keras komputer anda sendiri, hanya klik butang Browse folders dan pilih satu lokasi. Kemudian klik Ok. Anda juga boleh setkan opsyen "Buka laman web selepas menerbitkannya".
  • Terbitkan ke server FTP. Tetingkap Pengurus Lokasi FTP membolehkan anda menyatakan bilangan sambungan yang boleh digunakan apabila anda memuat-naik tayangan slaid anda ke FTP.

Anda juga boleh menambah satu laman FTP yang baru dengan mengklik "Sunting" di sebelah kanan senarai 'drop-down' "Terbit ke server FTP". Tetingkap Pengurus Lokasi FTP akan dipaparkan. Sekarang, taipkan satu nama yang sesuai (nama ini bukanlah nama hostname yang sebenar) bagi laman web anda dan isikan butiran FTP di dalam ruang yang disediakan. Anda harus meletakkan hostname anda, i.e. domain. FTP biasanya menggunakan port 21, make ia telah diisikan untuk anda terlebih dahulu. Jika laman web anda menggunakan port yang lain, anda harus mengubahnya disini.

Taipkan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) anda bagi sambungan tersebut. Jika anda tidak mengisi maklumat ini, Tayangan Slaid 3D Flash CU3OX tidak dapat menghubungi ke laman anda dan seterusnya tidak dapat memuat-naik tayangan slaid anda ke laman web. Jika laman ini membenarkan sambungan tanpa nama (anonymous), maka masukkan anonymous sebagai nama pengguna dan alamat e-mel anda sebagai kata laluan.

Anda mungkin mahu mengubah Direktori juga jika anda perlu meletakkan imej-imej anda yang dimuat-naik ke lokasi seperti "www/galeri/". Anda boleh nyatakan nya di dalam ruangan Folder FTP dalam tetingkap Terbit.

Nota: Nyatakan nama lokasi folder dimana tayangan slaid anda akan disimpan di dalam server. Pastikan anda meletakkannya, jika tidak tayangan slaid anda akan dimuat-naik ke folder 'root' dalam server anda!

Bahagian 6 - Simpan tayangan slaid anda sebagai fail projek

Apabila anda keluar dari CU3OX, anda akan ditanya jikalau anda mahu simpan projek anda. Projek mengandungi gambar-gambar yang anda pilih untuk letakkan dalam tayangan slaid anda dan kesemua ketetapan anda. Adalah satu idea yang baik untuk menyimpan sebagai projek, kerana ia akan membenarkan anda menukar projek anda kalau-kalau anda memutuskan untuk membuat sesuatu yang lain dengan tayangan slaid anda di masa akan datang. Jadi klik Ya, kemudian masukkan satu nama bagi projek anda. Untuk pilih lokasi simpanan projek anda, hanya klik butang Senaraikan folder dan pilih lokasi yang lain. Kemudian klik Simpan.

Bahagian 7 - Menambah tayangan 3D Flash CU3OX di dalam laman anda sendiri

Penghasil CU3OX menghasilkan kod-kod istimewa. Anda boleh meletakkannya di dalam mana-mana dalam laman yang anda ingin tambah slaid imej.

    * Export tayangan slaid anda menggunakan perisian CU3OX dalam mana-mana folder ujian dalam komputer anda.
    * Buka fail index.html yang dijanakan dari mana-mana aplikasi penyunting teks.
    * Salin semua kod untuk CU3OX dari tag BODY dan letakkannya dalam laman anda di mana anda mahu adakan tayangan slaid 3D (dalam tag BODY).

<body>
...
  <!-- Start CU3OX.com BODY section -->
  .....
  <!-- End CU3OX.com BODY section -->
...</body>

    * Anda boleh menukar gaya slaid imej anda dengan mudah. Cari fail 'cu3oxXML.xml' yang dijanakan dan buka ia dari mana-mana aplikasi penyunting teks.

Dapatkan Versi Penuh

CU3OX adalah percuma untuk kegunaan bukan komersil. Jika anda ingin gunakan CU3OX untuk laman web sekolah, blog yang bukan berunsur perniagaan atau laman web organisasi yang tidak berasaskan keuntungan, cuma muat turun CU3OX dan gunakannya secara percuma.

Sejumlah bayaran yang kecil diperlukan bagi kegunaan berkaitan perniagaan. CU3OX Edisi Perniagaan memberikan suatu opsyen tambahan untuk membuang tulisan CU3OX.com dan juga kebolehan untuk meletakkan logo anda sendiri ke atas imej-imej anda. Setelah anda selesai membuat bayaran melalui borang yang terjamin selamat, anda akan menerima nombor lesen dengan serta-merta melalui emel yang dapat menukar CU3OX Edisi Percuma kepada Edisi Perniagaan. Anda boleh pilih antara cara pembayaran yang paling sesuai untuk anda: kad kredit, pindahan bank, cek, PayPal dan lain-lain. Juga, anda boleh mendapatkan Edisi Perniagaan secara percuma jika anda sanggup menolong dengan menterjemahkan CU3OX kepada bahasa ibunda anda, sila hubungi saya di untuk keterangan lanjut: Mail.



Sokongan

Bagi penyelesaian masalah, permintaan ciri-ciri baru, dan bantuan umum, hubungi Sokongan Pelanggan di Mail. Pastikan anda sertakan perincian mengenai pelayar web anda, sistem operasi, versi CU3OX, pautan ke laman anda.